sukan

Belum apa-apa Katsuhito Kinoshi dah kena

Ketika penyokong menjangkakan kehadiran Katsuhito Kinoshi bakal membawa ‘angin baharu’ dalam pasukan Selangor FC (SFC) namun sebaliknya berlaku apabila pasukan itu dilanda ‘taufan’ yang menyaksikan mereka tumbang dua kali berturut-turut.

Lebih malang, mereka kecundang dua kali di laman sendiri bermula dengan kekalahan 1-2 di tangan Muangthong United pada aksi Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) sebelum tersingkir di tangan Sri Pahang FC (SPFC) pada pusingan 16 Piala Malaysia.

Bekas pengendali Selangor, Irfan Bakti Abu Salim menyifatkan bekas penolong jurulatih skuad kebangsaan Serbia itu boleh dianggap gagal sekali gus menyaksikan dia berdepan cabaran sukar untuk memastikan The Red Giants boleh mencapai kejayaan pada musim ini.

“Resume seseorang jurulatih itu sebenarnya tidak menggambarkan kebolehan seseorang jurulatih itu. Nak menguruskan Selangor ini umpama menguruskan Manchester United kerana ini adalah pasukan yang besar, jadi ini bukanlah satu tugas yang mudah.

“Kegagalan layak ke suku akhir itu adalah satu situasi yang malang. Begitu juga dengan ACL2 di mana kita sepatutnya sudah layak jadi apabila ini berlaku, maknanya pelantikan jurulatih baharu itu bukanlah menyelesaikan masalah.

“Saya tak tahu kenapa ini berlaku, mungkin ada pertukaran taktikal atau formasi tetapi kita anggap dia gagal,” kata Irfan.Justeru, Irfan yang pernah membimbing Selangor pada 2011 sehingga 2013 itu mengharapkan jurulatih itu dapat bangkit dan merencana perancangan yang lebih baik supaya kekalahan demi kekalahan itu tidak menjadi ‘tabiat’ buat pasukan besar seperti SFC.

“Buatlah apa pun, kena bagi harapan dan ikutlah mana-mana jalan pun, Selangor kena juga ambil (dapatkan) nombor dua dalam liga kerana saya tidak nampak pasukan lain yang boleh mencapainya.

sumber:- BH

“Mungkin ada ruang dan peluang kerana saingan Liga Super pun masih panjang jadi teruskan berusaha. Cuma persoalannya, bolehkah jurulatih ini nak buat benda itu? Jadi pada saya, satu kerugian apabila pasukan kehilangan Nidzam Jamil,” katanya.