sukan

Malaysia berwajah baharu

Pengendali skuad kebangsaan, Pau Marti Vicente boleh dianggap membuat percaturan ‘berani’ dengan membariskan sekurang-kurangnya lapan pemain berusia bawah 23 tahun (B-23) bagi menghadapi Kejuaraan Piala AFF 2024 yang akan membuka tirainya, Ahad ini.

Selepas gagal mendapatkan pemain bintang khususnya daripada dua pasukan teratas Liga Super iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC (SFC), Vicente mengalihkan tumpuannya untuk membentuk barisan ‘alternatif’ bagi membawa cabaran negara ke ‘Piala Dunia Asia Tenggara’ itu.

Kombinasi pemain muda di jentera tengah dan serangan

Kombinasi pemain senior, pemain muda dan pemain yang belum pernah mendapat kap antarabangsa di peringkat senior menjadi ‘rencah’ skuad Harimau Malaya dengan purata umur umur skuad ialah 25.9 tahun.

Tumpuan pasti terarah kepada kelibat lapan ‘ubi’ muda yang dipanggil Vicente dengan majoritinya akan memperkuat jentera tengah dan jentera serangan skuad Harimau Malaya.

4 penyerang taruhan utama

Empat penyerang muda yang dijangka mampu mengubah dimensi jentera serangan skuad kebangsaan adalah tiga daripada JDT iaitu Daryl Sham KK George (22), Muhammad Najmudin Akmal Kamal Akmal (21), G Pavithran (19) serta penyerang KL City FC, Haqimi Azim Rosli.

Seorang lagi penyerang adalah pemain berusia 21 tahun yang beraksi bersama Chonburi FC, Fergus Tierney serta seorang pemain tengah, Muhammad Abu Khalil (19) dari Osaka FC.

Muhamad Aiman Hakimi Othman (19) daripada SFC dan penjaga gol Terengganu FC (TFC), Rahadiazli Rahalim (23) melengkapkan senarai.

Ada kualiti tersendiri

Peluang dipanggil kali ini secara tidak langsung memberi mesej betapa pemain muda ini memiliki kualiti tersendiri kerana jika tidak, sudah pasti mereka tidak akan berada dalam senarai barisan kejurulatihan.

Justeru, Vicente perlu memastikan panggilan pemain ini tidak disia-siakan dengan sekadar membiarkan mereka memanaskan bangku simpanan dan tidak memberikan minit kepada mereka.

Inilah masanya untuk membiarkan mereka merasai ‘nikmat’ beraksi di peringkat tertinggi dan berdepan intensiti yang belum pernah mereka rasai sebelum ini.

Percaturan berisiko tapi diperlukan

Percaturan ini sudah tentu memberikan risiko yang besar kerana pemain ini tidak berpengalaman di pentas antarabangsa tetapi jika kita berfikir mengenai masa depan, mungkin inilah masanya.

Pengurus legenda Arsenal, Arsene Wenger pernah berkata ‘jika anda tidak percaya anda boleh melakukannya, maka anda langsung tidak ada peluang (untuk melakukannya).

sumber:- BH

Mungkin ‘derita’ pada hari ini akan menghadirkan ‘kesenangan’ pada masa akan datang, jadi percaya pada pemain muda kita, mereka mampu melakukan sesuatu jika diberikan peluang.

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

8 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

8 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

12 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

13 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

13 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

14 hours ago