Pertahanan, Quentin Cheng, tidak menafikan ketumpulan penyudah menjadi penghalang Selangor layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2), sebentar tadi.
Jaringan awal pada minit ke-5 oleh pertahanan itu di Stadium MBPJ belum mampu menjamin tiket ke pusingan seterusnya apabila kelab Thailand, Muangthong United, bangkit dengan kemenangan 2-1.
Di sebalik kekalahan itu, Selangor mencipta peluang terhidang, khususnya pada awal separuh masa kedua menerusi gerakan Alvin Fortes sementara percubaan Ronnie Fernandez terkena tiang.
Ia sememangnya menjadi satu kenyataan pahit buat barisan kendalian Katsuhito Kinoshi yang berada di bangku simpanan wakil Liga Super itu pada malam ini.
“Kami beberapa kali dinafikan tiang pada hari ini. Kami memiliki untuk menjaringkan gol dan mencipta kemenangan tetapi begitulah bola sepak. Adakalanya nasib tidak menyebelahi anda.
“Ya, corak permainan agresif memberikan kami gol awal. Bola singgah di kaki saya di dalam kotak penalti. Saya gembira dapat menyudahkannya.
sumber:- stadium astro
“Kami perlu mengharungi misi hidup dan mati (di Manila). Mudah-mudahan kami dapat mengutip tiga mata dan mara ke peringkat seterusnya,” katanya selepas perlawanan,” katanya.