Tewas tipis 0-1 kepada kelab dari China, Shandong Taishan FC mengundang rasa tidak gembira pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio yang menganggap nasib tidak memihak Harimau Selatan pada aksi Kumpulan Zon Timur saingan Liga Juara-Juara Asia Elit di Stadium Olimpuk Jinan, China.
Walaupun sasaran tiga mata yang pada awalnya menjadi idaman JDT namun harapan itu tidak menjadi kenyataan dan Bidoglio jelas bersikap profesional tatkala tidak menyalahkan mana-mana pemain apabila pulang dengan tangan kosong.
Malah pengendali kelahiran Argentina itu tampak puas hati dengan persembahan yang dipamerkan barisan pemainnya selepas menguasai 67 peratus permainan dengan lapan percubaan tepat ke gawang gol berbanding Shandong Taishan FC.
Beliau juga menganggap apa yang berlaku sebahagian daripada asam garam dalam bola sepak tetapi gembira dengan cara JDT mengawal permainan dan menunjukkan karektor yang cukup baik meskipun berhadapan cabaran cuaca dingin.
“Secara peribadi, JDT bermain baik tetapi kami tidak berjaya menjaringkan gol meskipun mencipta banyak peluang tetapi inilah bola sepak. Kami berjaya menguasai bahagian serangan dan tunjukkan corak permainan kami di sepanjang perlawanan.
“Kami berjaya mengawal bola dan menggerakkan bola di posisi sayap kiri dan kanan tapi pasukan lawan bermain secara kompak di bahagian pertahanan yang menyukarkan kami untuk menyusup masuk dan melakukan percubaan yang boleh menghasilkan jaringan.
“Keputusan perlawanan itu tidak menggembirakan namun kualiti permainan yang ditonjolkan kesebelasan pemain JDT membanggakan yang sering beri tekanan terhadap pemain lawan dan kami akan terus beri cabaran dalam saingan ACLE,” kata Bidoglio.
sumber:- BH
Selepas mengharungi lima perlawanan JDT kini berada di tangga kelima dari 12 pasukan dengan tujuh mata dan masih berpeluang layak ke peringkat seterusnya dan perlu menang ke atas kelab dari Thailand, Buriram United pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, 3 Disember ini.
Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More
Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More