Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah, melangkah ke suku akhir Masters China selepas mengatasi Arisa Igarashi-Ayako Sakuramoto di Shenzen, sebentar tadi.
Mereka mengatur awal pertarungan pusingan 16 itu dengan baik berbekalkan kelebihan 16-8, dan walaupun gandingan Jepun tersebut cuba menggugat, Pearly-Thinaah menutup set pertamam itu dengan kemenangan 21-18.
Namun, mereka agak hilang arah tuju buat seketika diselangi beberapa kesilapan sendiri hingga melepaskan rentetan lapan mata untuk menyerah 18-21 dalam set kedua.
sumber:- stadium astro
Bagaimanapun, rentak itu kembali pulih apabila selesa mendahului 16-8 dalam set penentuan sebelum menutup permainan 21-13, seterusnya bakal berhadapan pilihan kedua dari China, Liu Shen Shu-Tan Ning, esok.