Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, mara ke pusingan kedua kejohanan Badminton Masters China, apabila menewaskan gandingan bukan pilihan tuan rumah, Ding Ke Yun-Wang Yi Duo, di Shenzen, China sebentar tadi.
Turun selaku pilihan kelima, Pearly dan Thinaah mempamerkan dominasi hampir sempurna dalam set pertama, di mana mereka tidak pernah ketinggalan selepas meraih mata pertama untuk mencatatkan kemenangan 21-16.
Skrip berbeza dilalui gandingan negara itu dalam set kedua, di mana mereka sentiasa ketinggalan tetapi selepas berada di kedudukan 12-14, Pearly dan Thinaah memperoleh sembilan mata berturut-turut untuk meraih kemenangan 21-14 selepas secara keseluruhan bertarung selama 39 minit.
sumber:- stadium astro
Mereka seterusnya akan menantikan pemenang di antara beregu Taiwan, Hsu Yin Hui-Lin Jhih Yun, dan wakil Jepun, Arisa Igarashi-Ayako Sakuramoto, bagi penentuan ke suku akhir esok.
Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More
Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More