Beregu lelaki negara, Arif Junaidi-Yap Roy King, bangkit menewaskan lawan dari China, Chen Bo Yang-Liu Yi, dalam aksi rubber set 21-17,18-21,21-16, dalam pusingan pertama Masters China 2024 di Gimnasium Shenzen, malam tadi.
Kedua-dua pasangan beregu memberikan aksi yang seimbang dalam set pertama selepas saling berkejaran mata namun beberapa kesilapan saat akhir mamastikan kelebihan buat wakil negara untuk menang 21-17.
Namun, lawan tuan rumah kembali bangkit dengan aksi yang lebih agresif untuk mengheret wakil negara ke set penentuan dengan kemenangan 18-21.
Wakil negara di kedudukan ke-23 dunia itu kembali mendapatkan momentum dalam set penentuan walaupun menerima saingan sengit daripada pasukan lawan.
sumber:- stadium astro
Bagitupun, selepas terikat 12-12, Arif Junaidi-Yap Roy King memperkemaskan aksi dengan kurang melakukan kesilapan mudah sekali gus mencapai ‘match point’ terlebih dahulu untuk menang 21-16 dalam perlawanan yang berdurasi 1 jam 20 minit itu.