sukan

Masters China : Keputusan aksi Izzudin-Sze Fei berdepan Jepun

Beregu profesional negara, Nur Izzudin Rumsani-Goh Sze Fei, meneruskan kemaraan ke pusingan kedua Masters China 2024 selepas menewaskan wakil dari Jepun, Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura, dalam aksi rubber set 21-23,21-14,21-13, di Gimnasium Shenzen, sebentar tadi.

Walaupun menerima tentangan sengit daripada beregu Jepun di ranking ke-18 dunia itu apabila tewas dalam set pertama 21-23, namun beregu negara yang merupakan pilihan ketujuh kejohanan berjaya bangkit dalam set kedua dengan kemenangan 21-14 untuk mengheret pasukan lawan ke set penentuan.

Dalam set penentuan pula menyaksikan wakil negara ketinggalan 2-0 dalam awal perlawanan, tetapi berjaya menyamakan kedudukan 3-3 sekali gus melebarkan jurang kedudukan dan meneruskan momentum untuk menewaskan Mitsuhashi-Okamura 21-13.

sumber:- stadium astro

Dalam pada itu, seorang lagi pasangan beregu negara yang merupakan pilihan ketujuh negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, dikejutkan dengan pasukan lawan dari tuan rumah, Guo Xin Wa-Chen Fang Hui, apabila tewas mudah 21-9-21-9 dalam perlawanan yang berstatus Super 750 yang berlangsung selama 27 minit itu.