sukan

Masters China: Azriyn-Wee Kiong terus cipta sensasi

Pasangan beregu profesional lelaki negara, Azrin Ayub-Tan Wee Kiong, melakar kemenangan dalam aksi straight set 21-19,21-15, menumpaskan wakil dari Thailand, Peerachai Sukphun-Pakkaphon Teeraratsakul, dalam psuingan pertama Masters China 2024 di Gimnasium Shenzen, sebentar tadi.

Namun mereka berdepan tentangan sengit di set pertama biarpun mendahului selesa dengan kedudukan 6-1.Beregu Thailand itu mula merapatkan jurang kedudukan menjadi 3-6 tetapi Azrin- Wee Kiong berjaya menjarakkan kedudukan dengan kelebihan enam mata untuk mendahului dengan kedudukan semasa 16-10.

Sedikit demi sedikit, pasangan Thailand cuba untuk bangkit dan kemuncaknya apabila lawan di kedudukan ke-28 dunia itu hampir mengheret ke set penentuan ketika mata 19-20 tetapi Azrin bijak menutup peluang itu dengan kemenangan set pertama 21-19.

Aksi sengit berterusan dalam set kedua apabila awal-awal lagi Teereratsakul dan Sukphun berjaya mengikat kedudukan namun lima mata berturut-turut yang diraih pasangan negara memisahkan mereka untuk selesa mendahului.

Pasangan Thailand itu tidak mudah mengalah dan kembali mengikat kedudukan 14-14 dan bermula saat itu pasangan negara mula mempamerkan semangat juang tinggi dengan melepaskan satu mata sahaja buat Thailand sekaligus mendahului sehingga tamat set kedua dengan kemenangan 21-15.

sumber:- stadium astro

Dalam pada itu, langkah kiri pula buat satu lagi wakil negara, Choong Hon Jian-Haikal Nazri apabila tewas mudah kepada wakil tuan rumah, He Ji Ting-Ren Xiang Yu, dengan keputusan 12-21, 15-21, sebentar tadi.