Pemangku Sultan Johor, Tengku Ismail Sultan Ibrahim, menyindir sesetengah pengurusan kelab dalam Liga Malaysia yang berbelanja melebihi kemampuan hingga menyebabkan kegagalan dalam memacu kejayaan pasukan.
Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu turut menyelar tindakan pengurusan kelab dan penyokong yang kerap menyalahkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan JDT.
Kejayaan pasukan Harimau Selatan itu sukar dinafikan selepas berkembang pesat dari masa ke semasa hingga menjadi pasukan nombor satu di Asia Tenggara dan keenam di Asia berdasarkan Opta Power Rankings.
“Senang nak menguruskan kelab. Ada RM10, belanja RM7. Perbaiki infrastruktur sikit. Ada sasaran realistik. Ini tidak, semua janji menang piala nak jadi ‘Populist’. Ada RM10, belanja RM15 lepastu bising apabila gagal bayar gaji.
sumber:- stadium astro
“Dari pihak pengurusan hingga penyokong semua salahkan badan induk FAM, Liga MFL, dan pasukan yang juara, JDT. Semua orang salah kecuali diri sendiri.”Bola sepak Malaysia tidak gagal, kamu yang mengagalkannya.” katanya.