sukan

TERKINI: Keputusan aksi Jun Hao berdepan Li Shi Feng di Final

Perseorangan kebangsaan, Leong Jun Hao, muncul naib juara Kejohanan Badminton Masters Jepun selepas akur dengan keunggulan Li Shi Feng, sebentar tadi.

Begitupun, persembahan di gelanggang Kumamoto hari ini tidak begitu rancak seperti yang diharapkan.Situasi itu boleh difahami atas faktor Jun Hao yang sebelum ini dituntut supaya bertungkus lumus melepasi halangan Lakshya Sen, Kodai Naraoka termasuk mengharungi aksi tiga set ketika menyingkirkan Jonatan Christie, semalam.

sumber:- stadium astro

Shi Feng memerlukan 44 minit untuk mengesahkan kemenangan 21-10 dan 21-13 dalam pertemuan keempat mereka sepanjang tahun ini bagi mengesahkan gelaran super 500 itu menjadi miliknya.