sukan

Saya hampir mati — Mike Tyson

Mike Tyson mendedahkan kejutan bahawa dia ‘hampir mati’ sebelum tewas kepada Jake Paul.Petinju ikonik itu melangkah ke gelanggang di Arlington semalam, namun ia bukanlah kepulangan yang diimpikan apabila legenda berusia 58 tahun itu telah ditewaskan oleh lawan yang lebih muda, Paul.

Walaupun Tyson tidak ditumbangkan, dia tewas menerusi kutipan mata dan sejak itu berkongsi mengenai kekalahannya dan penurunan daripada segi tahap kesihatannya menjelang pertarungan tersebut. Menerusi Twitter, Tyson berkongsi, “Ini merupakan salah satu situasi apabila anda tewas tetapi masih menang. Saya sangat bersyukur untuk perlawanan ini. Tiada sebarang kekecewaan untuk melangkah masuk ke gelanggang buat kali terakhir.

“Saya hampir mati Jun lalu. Saya melakukan lapan kali pemindahan darah. Kehilangan separuh darah saya dalam badan dan terpaksa berjuang untuk sihat untuk bertarung supaya saya menang.

“Membenarkan anak-anak saya melihat saya bertarung dan menamatkan lapan pusingan berdepan petinju yang lebih muda daripada saya merupakan satu pengalaman yang luar biasa. Terima kasih.”

Pertarungan tersebut pada asalnya dijadualkan Julai lalu namun ditangguh kerana masalah kesihatan yang dialami Tyson. Bercakap kepada New York Magazine sebelum perlawanan, Tyson berkata, “Saya muntah darah ketika berada di dalam bilik air.

sumber:- stadium astro

“Ia menjejaskan saya dalam sesi latihan. Gerakan saya, stamina, segalanya terjejas.”Namun saya seorang yang mudah berputus asa. Saya memastikan kembali di tahap terbaik dan berjaya menamatkan perlawanan ini.”