sukan

Pemain Selangor curi perhatian FIFA

Pertahanan Selangor, Umar Eshmurodov, menjadi tumpuan laman rasmi Persekutuan Bola Sepak Antarbangsa (FIFA) selepas aksi cemerlangnya bersama skuad Uzbekistan dalam kempen pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.

Pemain berusia 31 tahun itu optimis skuad negaranya mampu mencipta sejarah mara ke peringkat akhir Kelayakan Piala Dunia buat kali pertama.

Terdahulu, dia menjadi watak penting dalam memacu pasukannya menewaskan Korea Utara 1-0 dengan kini pasukannya berada di kedudukan kedua Kumpulan A selepas mengumpul 10 mata hasil daripada tiga kemenangan, satu seri dan satu tewas selepas lima perlawanan.

“Kami mempunyai peluang cerah untuk layak ke Piala Dunia. Warga Uzbekistan teruja dengan perkara itu dan kami hanya perlu menyelesaikan tugas dan lakukan yang terbaik dalam setiap perlawanan.” katanya.

sumber:- stadium astro

Umar merupakan tonggak penting dalam membantu Selangor dalam saingan Liga Juara-Juara (ACL) 2 dengan kini The Red Giants berada di kedudukan kedua dengan tujuh mata selepas empat perlawanan.

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

8 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

8 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

12 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

13 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

13 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

15 hours ago