sukan

JDT tampil perjelas punca panggil pulang tiga pemain

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) tampil menjelaskan bahawa tindakan mereka memohon pelepasan awal tiga pemain Harimau Selatan dari skuad kebangsaan disebabkan perancangan perjalanan menjelang aksi Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) menentang Shandong Taishan.

Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards menjelaskan pasukan itu dijadualkan berlepas ke China, Khamis ini, iaitu sehari selepas pemain kebangsaan pulang dari aksi menentang India, Isnin ini.

Beliau berkata, JDT mengambil serius kejohanan elit Asia selepas pelaburan besar yang dilakukan musim ini dengan harapan dapat menjalani kempen dengan cemerlang yang bukan sahaja akan meningkatkan status kelab di Asia tetapi juga meningkatkan ranking Malaysia dalam kejohanan kelab Asia.

“Ia akan memberikan manfaat buat bola sepak Malaysia kerana lebih banyak kelab boleh beraksi di kejohanan elit Asia pada musim-musim akan datang.

“Kami mencapai kata sepakat bersama skuad Harimau Malaya agar penjaga gol, Syihan Hazmi kekal bersama skuad kebangsaan kerana Harimau Selatan menggunakan khidmat Andoni Zubiaurre di ACLE setakat ini.

“Kami berbesar hati dengan pengendali Harimau Malaya, Pau Marti dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang menyokong kempen kami di ACLE dan JDT akan terus menyokong aspirasi Malaysia untuk layak ke Piala Asia 2027,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, FAM mengumumkan tiga pemain JDT iaitu Matthew Davies, Feroz Baharudin dan Arif Aiman Hanapi dilepaskan pulang ke tanah air berikutan permohonan daripada kelab mereka.

FAM bagaimanapun menjelaskan, ia susulan jadual dikeluarkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang menetapkan perlawanan pertama pusingan 16 Piala Malaysia 2024-2025 bagi JDT bertemu Kuala Lumpur Rovers FC, Rabu ini.

“Permohonan dibuat JDT itu selepas mengambil kira skuad Harimau Malaya akan tiba di tanah air pada pagi Rabu selepas aksi menentang India, sekali gus tidak sempat bagi ketiga-tiga pemain berkenaan pulang ke pangkuan kelab mereka itu,” kata FAM.

sumber:- BH

Situasi itu sekali gus menyaksikan hanya 23 pemain Harimau Malaya yang akan dibawa ke Hyderabad, India bagi perlawanan antarabangsa Tier 1 bertemu India, Isnin ini.

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

7 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

7 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

11 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

13 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

13 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

14 hours ago