Mike Tyson hampir tumbangkan jurulatih sendiri

Mike Tyson hampir menumbangkan jurulatihnya sendiri beberapa hari sebelum pertembungan dengan Jake Paul.

Legenda heavyweight itu akan berdepan YouTuber yang menjadi peninju, Jake Paul, pada Sabtu ini di Texas, dalam pertarungan yang mencetuskan kontroversi berikutan perbezaan usia mereka.

Pada sesi latihan terbuka sebelum pertarungan itu, Tyson cuba meyakinkan peminat yang bimbang dengan keupayaannya apabila menunjukkan kehebatan teknik tumbukan mengagumkan.

Iron Mike menunjukkan gerakan pantas, cara mengelak dan kombinasi pukulan yang kuat seperti di zaman kegemilangannya pada tahun 1980-an, ketika dia pertama kali memenangi gelaran pada usia 20 tahun.

Rafael Cordeiro, pakar MMA yang memegang pad latihan untuk Tyson, wajar menerima pujian kerana cukup berani menahan tumbukan peninju heavyweight termuda dalam sejarah itu.

Tyson beberapa kali hampir saja melakukan tumbukan ‘hook’ yang kuat ke arah Cordeiro.Empat tahun lalu, Cordeiro berada dalam kem Tyson ketika ikon tinju dunia itu kembali untuk pertarungan pertunjukan menentang Roy Jones Jr.

Namun kali ini, Tyson kembali untuk pertarungan sebenar yang akan diiktiraf secara profesional, berlangsung selama lapan pusingan dengan dua minit setiap pusingan.

sumber:- HM

Ia akan menjadi pertarungan pertama Tyson selepas hampir 20 tahun dan dia sendiri turut tertanya-tanya mengapa bersetuju untuk melakukannya.