sukan

Jurulatih Jepun akui gerun

Jurulatih Jepun, Hajime Moriyasu menjangkakan ujian sukar bakal menanti anak buahnya apabila turun menentang Indonesia yang dipenuhi pemain kelahiran Eropah dalam aksi Kelayakan Piala Dunia di Jakarta, esok.

Jepun yang kini menghuni ranking ke-15 dunia dan sedang memimpin carta Kumpulan C dalam pusingan kelayakan itu diletakkan sebagai pasukan pilihan untuk layak ke Piala Dunia.

Malah, skuad Samurai Biru itu masih belum tewas apabila mencatat tiga kemenangan dan satu seri.Bagaimanapun dengan sokongan padu hampir 78,000 penyokong Indonesia, dijangka Jepun bakal berdepan situasi sukar sepanjang aksi itu nanti.

“Perlawanan esok akan menjadi sangat sukar kerana pemain Indonesia akan bertahan. Jadi kami perlu bermain dengan sangat agresif,” kata Moriyasu.

“Matlamat kami adalah untuk menjadi juara (juarai peringkat kumpulan kelayakan). Esok kami akan berjuang habis habisan,” katanya.

Untuk rekod, dua pasukan setiap tiga kumpulan akan layak secara automatik ke Piala Dunia 2026 yang dijadual berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

Manakala, pasukan di tangga ketiga dan keempat akan beraksi dalam satu lagi pusingan kelayakan.

sumber:- HM

Pada Piala Dunia 2022 lalu, Jepun mara hingga pusingan 16 terbaik sebelum tumbang di tangan Croatia menerusi penentuan penalti, sementara Indonesia pernah sekali layak ke Piala Dunia atas nama Dutch East Indies.