sukan

Perak sendiri yang menamakan

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa aksi Liga Super di antara Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT), yang dua kali ditunda di Stadium Perak sebelum ini, dipindahkan ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri.

Menurut kenyataan itu, venue berkenaan dinamakan sendiri pasukan tuan rumah, Perak, dan akan dimainkan pada hujung minggu ini.
Sebagai rekod, aksi di Stadium Perak pada 17 Ogos lalu terpaksa ditangguhkan gara-gara cuaca buruk sebelum perkara sama berlaku pada 5 Oktober lalu.

“Perak FC telah memaklumkan kepada MFL bahawa aksi Liga Super (LS9) di antara Perak FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 10 November 2024.

“MFL sebelum ini telah meminta Perak FC untuk menamakan venue alternatif berikutan risiko keselamatan bagi perlawanan berprofil tinggi ini selain untuk mengelakkan sebarang insiden tidak diingini yang mungkin akan menangguhkan lagi jadual Liga Super bagi separuh musim ini, yang masih belum lengkap.

“Sebagai maklum balas kepada permintaan MFL itu, Perak FC telah menamakan SSI sebagai gelanggang mereka untuk perlawanan tertunda tersebut.

sumber:- stadium astro

“Sebelum ini dua pertemuan Perak FC dengan JDT pada 17 Ogos 2024 dan 5 Oktober 2024 terpaksa ditangguhkan akibat hujan lebat dan keputusan yang dibuat kali ini adalah untuk memastikan undian Piala Malaysia 2024-2025 pada 11 November 2024 dapat berjalan seperti yang dirancang,” kata kenyataan itu.