Siapa sangka bintang bola sepak negara, Arif Aiman Hanapi sebenarnya pernah ‘berkongsi padang’ dengan bintang Liga Perdana Inggeris (EPL), Cole Palmer.
Rahsia itu dikongsikan bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Instagram Storynya.
Menurut Khairy, Palmer yang kini beraksi untuk pasukan Chelsea dalam saingan EPL selain muncul tonggak penting skuad England pernah datang ke Malaysia pada 2015 ketika berusia 13 tahun.
Ketika itu, Palmer mewakili akademi bola sepak Manchester City dan beraksi dalam saingan Piala SuperMokh dengan Arif Aiman memperkuatkan pasukan Malaysia Tigers yang dibentuk daripada Program Pembangunan Bolasepak Nasional (NFDP).
Kesebelasan utama NFDP vs Manchester City SuperMokh Cup 2015. Cole Palmer untuk City. Arif Aiman untuk NFDP,” katanya.
Hasil kejohanan Piala SuperMokh itu, kedua-dua pemain berkenaan ketika ini muncul sebagai bintang bola sepak bagi negara masing-masing.
Arif Aiman adalah tonggak penting Johor Darul Ta’zim (JDT) yang beraksi di pentas tertinggi kelab Asia iaitu Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) dan sudah meledak tiga gol dalam dua aksi diharungi musim ini.
Malah, dia muncul watak utama pasukan negara di Piala Asia Qatar 2023, Januari lalu dengan kejayaan terbesar membantu Malaysia mengikat Korea Selatan 3-3.
sumber:- HM
Manakala, Palmer pula pemain utama England di saingan Euro 2024 di Jerman, Julai lalu yang menyaksikan skuad The Three Lions itu mara ke final sebelum tumpas 1-2 di tangan Sepanyol, dengan Palmer sendiri meledak satu gol buat England.