Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik memulakan kempen mempertahankan gelaran Terbuka Denmark dengan langkah kanan selepas melangkah ke pusingan kedua, hari ini.
Pada perlawanan di Jyske Bank Arena, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu beraksi cemerlang dengan menundukkan beregu Jepun, Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura 28-26, 21-11 dalam pertarungan sengit selama 49 minit.
Kemenangan itu mengekalkan rekod bersih mereka ke atas Mitsuhashi-Okamura setelah turut menewaskan pasangan sama pada Terbuka India 2024 dan Kejohanan Badminton Asia 2024.
Namun, Aaron mengakui tempoh rehat yang lama tanpa aksi kompetitif membuatkan mereka perlu mencari semula rentak permainan.”Ini adalah kejohanan kedua kami selepas lama beraksi.
“Walaupun kami berpengalaman, sudah lama kami tidak beraksi di gelanggang, jadi banyak perkara yang perlu disesuaikan semula,” katanya menerusi rakaman audio yang dikongsikan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Sementara itu, Wooi Yik yang baru pulih daripada kecederaan retak jari kaki berkata, perubahan strategi pada set kedua memastikan kemenangan mereka.
Menanti di pusingan kedua, Khamis ini adalah pemenang perlawanan antara rakan sepasukan, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan beregu England, Callum Hemming-Ethan Van Leeuwen.
sumber:- HM
Sementara itu, beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie terpaksa pulang lebih awal apabila tewas kepada pasangan Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue, 21-9, 22-24,10-24.
Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More
Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More