Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menerangkan kepentingan mempunyai padang yang berkualiti dalam kancah bola sepak moden hari ini.
Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menjelaskan masalah yang wujud kesan penggunaan rumput padang jenis ‘Cow Grass’ atau Rumput lembu yang mempunyai banyak kekurangan daripada aspek air kerap bertakung pada permukaan padang akibat hujan.
“Ini bukan soal cantik. Ini berkenaan good playing surface. Modern football. Kalau bagus sgt negara negara maju dlm bola dah pakai cow grass.
“Kenapa susah sangat kita nak terima dan belajar daripada mereka yang lebih berjaya? Negara Laos yang miskin pun padang lagi cantik daripada negara kita.
“Masalah padang cow grass adalah playing surface dan apabila hujan air bertakung kerana padang tersebut adalah soil base bukan sand base. Berlumpur. Nak bola maju tapi mindset masih taknak berubah.” katanya menerusi laman X hari ini.
Terdahulu, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menawarkan geran keseluruhan sebanyak RM7 juta kepada semua negeri bagi menaik taraf saliran serta penanaman rumput padang di stadium utama negeri-negeri.
sumber:- stadium astro
Hal ini membuktikan kepentingan dalam melahirkan pemain bola sepak berkualiti pada masa akan datang dengan memberikan perhatian kepada perkara asas, iaitu padang.
Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More
Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More