Perlawanan di antara Perak bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) ditangguhkan sekali lagi ekoran cuaca buruk dan keadaan padang yang tidak memuaskan di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi.
Sebelum ini, permainan tersebut sudah pun ditunda pada Ogos lalu akibat cuaca dan keadaan padang yang teruk menyebabkan aksi itu terpaksa dimainkan malam tadi.
sumber:- stadium astro
“Pada pendapat saya, ia sangat mustahil untuk bermain dalam keadaan padang tersebut kerana hujan berterusan turun.”Satu kepayahan buat semua pemain menonjolkan prestasi sebenar,” luah pengendali JDT, Hector Bidoglio, mengenai status permukaan padang.