sukan

Memang terang lagi bersuluh

Pemerhati bola sepak tempatan yang juga pengendali berpengalaman, Sulaiman Hussin berharap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) lebih berhati-hati dalam menyemak kelayakan calon pemain warisan sebelum menghantar permohonan kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa).

Jelas Sulaiman, isu babitkan permohonan Mats Deijl yabg ditolak Fifa harus dijadikan iktibar agar FAM tidak membuang masa sedangkan syarat dalam Artikel 8 Peraturan-Peraturan Yang Mengawal Permohonan Statut Fifa secara terang menjelaskan syarat itu.

“Secara peribadi, saya fikir FAM perlu meneliti dan mengkaji sedalam-dalamnya sebelum membuat apa-apa permohonan dengan mengikut peraturan sedia ada.

“Jadi kalau dari awal sememangnya tidak layak, tak perlu untuk FAM memohon kepada Fifa kerana ia hanya membuang masa sahaja,” katanya kepada Arena Metro.

“Jadi kalau dari awal sememangnya tidak layak, tak perlu untuk FAM memohon kepada Fifa kerana ia hanya membuang masa sahaja,” katanya kepada Arena Metro.

Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh FAM, dokumen yang dilampirkan pemain kelab Go Ahead Eagles yang beraksi di Liga Belanda itu hanya mempunyai darah keturunan Malaysia melalui moyangnya.

Sebaliknya, Fifa menetapkan syarat permohonan itu perlulah melalui datuk atau nenek dan bukannya moyang.

Susulan keputusan Fifa itu, Deijl sendiri meluahkan rasa kecewa di laman sosial dan menganggap peraturan itu tidak wajar dan bersifat bodoh.

Mengulas lanjut, Sulaiman turut berharap calon warisan selepas ini perlulah memiliki kualiti dan bukannya hanya ‘tangkap muat’.

“Lepas ini kalau ada lagi pemain warisan biarlah yang benar-benar terbaik yang beraksi di liga utama di luar negara.

sumber:- HM

“Kita tidak mahu yang di bawa masuk itu seolah macam ‘ambik masuk beg’ tanpa ada kualiti. Lebih baik kita fokus kepada pemain tempatan dan beri peluang untuk raih minit permainan,” katanya.