Pemain Johor Darul Ta’zim, Arif Aiman semakin mempamerkan bisa beliau dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACL Elite) menentang Shanghai Shenhua, malam tadi.
Gol pembukaan JDT hadir menerusi rembatan kencang kaki kiri beliau yang mudah menewaskan penjaga gol Shanghai Shenhua, yang menyaksikan JDT mudah membenam cabaran Shanghai Shenhua 3-0.
Setelah mengharungi dua aksi pertama ACL Elite, Arif Aiman memastikan namanya terpahat dalam senarai penjaring terbanyak kejohanan tersebut dengan mengumpul 3 jaringan setakat ini.
Ini menyaksikan beliau kini berada di tangga kedua penjaring terbanyak selepas Jasir Asani yang mewakili kelab Gwangju FC dengan 4 jaringan terkumpul.
Jasir Asani menjaringkan hatrik dalam pertemuan menentang Yokohama FM sebelum jaringan tunggal beliau mengesahkan kemenangan Gwangju FC ke atas Kawasaki Frontale.
Kedudukan ini pastinya memberikan motivasi tambahan kepada Arif Aiman dan semua pemain JDT untuk mengharungi pertembungan seterusnya menentang Gwangju FC, yang kini menduduki carta teratas kumpulan setelah mencatat kemenangan 1-0 menentang Kawasaki Frontale, semalam.
sumber:- stadium astro
JDT akan meneruskan cabaran di pentas Asia berdepan Gwangju FC pada 22 Oktober 2024 bagi aksi ketiga Liga Juara-Juara Asia Elit.
Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More
Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More