sukan

Tindakan Haaland ‘pengecut’

Legenda Arsenal Ian Wright menggelar penyerang Manchester City Erling Haaland sebagai pengecut selepas membaling bola ke arah pertahanan Gunners Gabriel Magalhaes ketika kedua-dua pasukan seri 2-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad, semalam.

Haaland membaling bola ke kepala Gabriel selepas pemain City John Stones menjaringkan gol penyamaan pada minit terakhir perlawanan untuk menjadikan kedudukan 2-2 ketika menentang Arsenal yang beraksi 10 pemain sekali gus mebolehkan City mengekalkan kedudukan pendahulu EPL.

Jurucakap FA berkata, insiden itu diperiksa video pengadil bantuan (VAR) tetapi tiada tindakan lanjut dikenakan ke atas Haaland. Penyerang Arsenal Leandro Trossard pula dibuang padang apabila mendapat kad kuning kedua selepas menyepak bola susulan dipersalahkan kerana mengasari Bernardo Silva.

“Saya rasa perlu jelaskan sesuatu yang mengganggu saya. Jelas, selepas Trossard dibuang padang, anda rasa kecewa,” kata Wright di Instagram.

“Kedudukan 2-1 dan saya fikir kami dapat kalahkan mereka. Kemudian Trossard dibuang padang, sesuatu yang tak sepatutnya berlaku. Tetapi paling saya tak boleh terima apabila tindakan pengecut Haaland yang membaling bola ke kepala Gabi ketika dia memandang hadapan. Betul-betul pengecut!”

“Saya suka melihat Haaland beraksi dan mampu menyinar untuk tempoh masa panjang tetapi tiba-tiba dia bertindak pengecut seperti itu. Harap dia tak mengulanginya lagi.”

sumber:- HM

Pemain Norway berusia 24 tahun itu meletakkan City di depan ketika menentang Arsenal pada minit ke-9 sekali gus jaringan ke-10 dalam lima aksi liga musim ini dan mencerahkan peluang untuk meraih Kasut Emas kali ketiga berturut-turut.