sukan

Keputusan aksi Tang Jie-Ee Wei berdepan Jaguh Indonesia

Perjalanan beregu campuran negara, Cheng Tang Jie-Toh Ee Wei terhenti di pusingan kedua selepas tewas kepada wakil Indonesia, Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja pada Terbuka China.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik itu, permainan beregu kesembilan dunia itu serba tidak menjadi apabila banyak melakukan kesilapan mudah sehingga memaksa mereka akur dengan kekalahan dalam pertarungan tiga set, 15-21, 21-13, 9-21 dalam masa 56 minit.

Bermula agak goyah di set pertama apabila ketinggalan sejak awal tetapi berjaya bangkit di set kedua dengan permainan yang meyakinkan untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.

Namun, di awal set terakhir, kedua-dua pasangan bermain agak baik tetapi masuk pertengahan permainan, wakil negara itu mula melakukan beberapa kesilapan tidak sepatutnya untuk membolehkan lawan mengutip tujuh mata berturut-turut sekali gus menutup perlawanan dengan kemenangan.

Untuk rekod, sejak Julai lalu, Tang Jie-Ee Wei berjaya mara ke suku akhir bermula dengan Sukan Olimpik Paris, Terbuka Jepun, Terbuka Korea dan Terbuka Hong Kong secara berturut-turut sebelum kecemerlangan mereka terhenti di Terbuka China.

Sementara itu, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin meneruskan momentum apabila mudah menewaskan rakan sepelatih, Yap Roy King-Valeree Siow straight set 21-9, 21-15 dalam tempoh 24 minit.

sumber:- HM

Mereka bakal bertemu Ferdinansyah- Widjaja untuk membuat perhitungan ke separuh akhir esok.