sukan

Zidane bakal bimbing Man United

Zidane mengakui beliau terbuka untuk kembali ke dunia pengurusan selepas spekulasi mengaitkannya dengan Manchester United kembali timbul.

Zidane, yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan sejak meninggalkan Real Madrid untuk kali kedua pada Mei 2021, dikaitkan dengan beberapa jawatan dalam tempoh tiga tahun yang lalu.

Ia termasuk di United, Bayern Munich, dan pasukan kebangsaan Amerika Syarikat, Brazil, serta Algeria, tetapi beliau masih menunggu masa yang sesuai.

Dia mencetuskan khabar angin mungkin kembali ke bidang pengurusan apabila dilihat menghadiri sesi latihan di Real Betis minggu ini.

Ia berlaku di tengah-tengah tekanan terhadap Erik ten Hag di Manchester United berikutan permulaan musim yang kurang memberangsangkan, hanya beberapa bulan selepas kepimpinan baharu kelab itu secara terbuka cuba mencari pengurus lain.

Thomas Tuchel, Graham Potter dan Gareth Southgate adalah antara mereka yang dipertimbangkan oleh Sir Jim Ratcliffe dan individu sekelilingnya, manakala L’Equipe menyatakan bahawa Zidane juga berminat untuk mengambil alih tempat Ten Hag.

Namun akhirnya Ten Hag diberikan peluang untuk meneruskan tugasnya, tetapi pengendali dari Belanda itu masih berada dalam situasi tidak menentu selepas anak didiknya tewas 0-3 kepada Liverpool di Old Trafford.

Pada tayangan perdana filem mengenai bekas pengurusnya di Juventus, Marcelo Lippi, pada bulan Februari, Zidane ditanya sama ada beliau akan kembali ke bidang kejurulatihan.

sumber:- HM

Dia menjawab: “Kenapa tidak, apa sahaja boleh berlaku. Sekarang saya sedang melakukan perkara lain, tetapi sama-sama kita lihat. Sudah tentu sekali saya ingin kembali ke bangku jurulatih.”