Malaysia mendahului pasukan ranking ke-116 dunia, Lubnan 1-0 selepas tamat babak pertama aksi final Pestabola Merdeka 2024 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.
Harimau Malaya yang melakukan enam perubahan dalam kesebelasan utama berbanding berdepan Filipina, Rabu lalu dilihat tampil dengan aksi lebih kemas dan menguasai permainan selain banyak melakukan asakan ke kubu lawan.
Peluang Malaysia untuk berada di depan hadir pada minit ke-20 menerusi Syafiq Ahmad namun sepakan guntingnya berjaya dihalang pertahanan Lubnan.
Pemain naturalisasi, Romel Morales kemudian mencetus suasana gamat di Stadium Nasional apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-33 selepas rembatan jarak dekatnya gagal diselamatkan penjaga gol Lubnan, Mehdi Khalil.
sumber:- BH
Skuad kendalian Pau Marti Vicente turut memperoleh beberapa lagi peluang selepas itu, namun tidak berjaya menjelmakan jaringan tambahan.