sukan

Dos Santos julang nama JDT di Vietnam

Pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos berkongsi cerita mengenai Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kepada media Vientam.

Dos Santos yang baru menyertai pasukan Ho Chi Minh City FC secara pinjaman melabel Harimau Selatan sebagai model yang patut diikuti kelab lain.

Pemain tengah berusia 29 tahun itu menjelaskan, ia berdasarkan pelbagai kemudahan yang disediakan JDT selain berusaha keras membangunkan bola sepak di Malaysia.

“Bagi kelab Johor Darul Ta’zim, tiada apa yang boleh diperkatakan lagi. Mereka adalah pasukan nombor satu di Malaysia, pasukan yang banyak menyumbang kepada pembangunan bola sepak Malaysia.

“Di Johor, kami mempunyai kemudahan terbaik, jurulatih terbaik dan pemain terbaik. Johor berusaha keras untuk pembangunan bola sepak dan pasukan itu adalah model untuk diikuti oleh kelab lain,” katanya kepada Tuoi Tre Online.

Selain itu, Dos Santos mengakui bahawa dia tidak menjangkakan akan bermain lama di Malaysia hingga mendapat status pemain naturalisasi dan menyarung jersi pasukan Harimau Malaya.

“Saya baru sahaja mendapat kewarganegaraan Malaysia. Saya pernah bermain di Romania sebelum berpindah ke Malaysia pada tahun 2018. Pada mulanya, saya tidak menyangka akan kembali ke Malaysia selepas tahun pertama.

sumber:- BH

“Selepas setahun, dua tahun, saya mengakui bahawa Malaysia dan rakyatnya sangat hebat. Saya menganggapnya sebagai rumah kedua saya,” katanya.