sukan

Malaysia ada The Pocket Rocket yang baru — John Beasley

Ketua jurulatih, John Beasley, berbangga selepas menyaksikan wakil tunggal wanita Malaysia, Nurul Izzah Izzati, menamatkan kempen sulung di Sukan Olimpik Paris 2024 dengan catatan kebangsaan baru acara pecut wanita.

Sebagai rekod, ini merupakan kali kedua pelumba berusia 20 tahun itu berjaya memecahkan rekod kebangsaan selepas Kejohanan Berbasikal Trek Asia di Nilai, Jun 2023, yang dipegang Fatehah Mustapa, sebelum ini.

Justeru, Beasley yakin dengan kemampuan Izzah Izzati untuk menjadi pencabar pingat di edisi seterusnya, Los Angeles 2028.
“Izzah Izzati mempunyai potensi yang besar dan Malaysia bakal mempunyai “The Pocket Rocket” yang baru bagi menggegar arena sukan berbasikal,” katanya.

Meskipun mengakui belum mempunyai banyak pengalaman dalam pentas terbesar, Beasley turut mempercayai Izzah mampu memberi saingan hebat.

sumber:- stadium astro

“Dia memerlukan masa sambil menunjukkan perkembangan yang meyakinkan dalam beberapa siri kejohanan sebelum ini termasuk Sukan Olimpik Paris 2024 dan mengetahui cabaran sebenar dalam acara pecut dan keirin.”Saya sangat berbangga melihatnya,” ulasnya lanjut.