Penyiar Rasmi Olimpik (OBS) memohon maaf kerana seorang jurukamera menghalang pelari dalam acara 5,000 meter (m) di Sukan Olimpik Paris 2024 apabila dia berjalan di atas trek semasa perlumbaan.
Dalam perlumbaan itu, jurukamera itu tidak menyedari bahawa pelari dalam pusingan kedua Round 1 itu mendekati dengan pantas apabila dia melangkah terus ke laluan mereka menghadap ke arah pelari, memaksa mereka untuk mengelaknya dan hampir menyebabkan perlanggaran.
OBS berkata, mereka memohon maaf kepada Olahraga Dunia dan penganjur Paris 2024 untuk insiden berkenaan.
“Pasukan OBS akan lebih berhati-hati dan mengambil langkah tambahan untuk mengelakkan sebarang gangguan daripada pasukan OBS kepada atlet yang bertanding,” katanya dalam satu kenyataan.
sumber:- HM
Antara insiden yang paling terkenal membabitkan jurukamera ialah di Kejohanan Dunia 2015 di Beijing apabila Usain Bolt dari Jamaica dijatuhkan dari belakang oleh seorang jurukamera yang menaiki Segway sejurus selepas final 200m lelaki.