sukan

Olimpik Paris: Misi Azizulhasni berakhir

Pelumba berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menamatkan saingan acara pecut Olimpik Paris di pusingan repechage 1/18.

Pada pusingan 1/18 yang berlangsung di Velodrom Saint-Quentin-en-Yvelines, Azizulhasni tewas kepada Jeffrey Hoogland dari Belanda dan terpaksa mengharungi pusingan repechage.

Dalam perlumbaan pertama 1/18, Harrie Lavreysen dari Belanda mengesahkan tempat di suku akhir selepas menewaskan pelumba Jepun, Yuta Obara.

Pelumba Australia, Matthew Richardson turut mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya selepas mengatasi Mateusz Rudyk dari Poland.

Hamish Turnbull dari Great Britain, Kaiya Ota (Jepun), dan Jack Carlin juga layak ke suku akhir selepas memenangi perlumbaan masing-masing.

Pada perlumbaan repechage pertama, Obara menewaskan Leigh Hoffman (Australia) dan Nicholas Paul (Trinidad and Tobago) untuk mara ke suku akhir.

sumber:- BH

Di perlumbaan kedua pula, Rudyk berjaya menewaskan Yakovlev dan Azizulhasni untuk menyertai tujuh pelumba lain di suku akhir.