sukan

Azizulhasni pecah Rekod

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mencipta rekod baharu kebangsaan pecut individu, apabila mencatat masa 9.402 saat (s) pada pusingan kelayakan di Saint Quentin en Yvelines, Paris.

Catatan masa dilakukannya itu, mengatasi rekod kebangsaan miliknya sendiri, 9.523s pada saingan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023, di Veledrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan tahun lalu.

Catatan itu sekali gus menyaksikan Azizul yang terkenal dengan jolokan The Pocket Rocketman mengakhiri saingan kelayakan pecut individu lelaki di tempat ke-10.

Seorang lagi wakil negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom mengakhiri saingan awal di kedudukan ke-24 menerusi 9.635 saat.Walaupun tidak mencatatkan kedudukan lima terbaik namun dua wakil negara itu layak untuk meneruskan perjuangan dalam acara pecut yang akan bermula beberapa jam lagi.

Pelumba dari Belanda Harrie Lavreysen mencipta sensasi apabila mencipta rekod baru dunia selepas mengakhiri saingan pecut di tempat pertama menerusi 9.088 saat.

Pusingan kelayakan yang boleh dianggap paling pantas itu turut menyaksikan rekod dunia dipecahkan dua kali.

Pelumba Australia, Mathew Richardson terlebih dulu mengatasi rekod dunia milik pelumba Belanda, Harrie Levreysen 9.099s, apabila merakam masa 9.091s.

sumber:- HM

Namun Levreysen yang terakhir ke trek, memintas catatan itu apabila merampas semula rekod dunia dengan catatan 9.088s.