sukan

Isyarat Zii Jia tarik perhatian

Selepas memenangi pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 dengan menewaskan perseorangan India, Lakshya Sen, bintang badminton negara, Lee Zii Jia, menimbulkan tanda tanya mengenai keraiannya yang di luar kebiasaan.

Selepas kejayaan itu, Zii Jia hanya tenang meraikannya dengan dua isyarat ringkas.Dia mengacukan jari telunjuknya di tepi kepala sambil memejamkan mata sebelum meletakkan jari berkenaan di mulutnya.

Ramai peminat di media sosial tertanya-tanya mengenai maksud isyarat itu.Sebenarnya, Zii Jia sudah lama mempamerkan keraian seperti itu dan ia diinspirasikan oleh Marcus Rashford, yang merupakan pemain bagi kelab bola sepak kegemarannya, Manchester United.

Perkara itu juga pernah disahkan oleh Victor Malaysia menerusi satu ciapan X pada 2023.Bagaimanapun, isyarat kedua dengan meletakkan jari di mulutnya masih menimbulkan perdebatan tetapi ia adalah keraian biasa bagi ahli sukan dalam mendiamkan ‘haters’ mereka.

Ia mungkin benar berdasarkan komen yang dikeluarkan Zii Jia selepas perlawanan itu.”Setiap pagi saya bangun, nampak macam-macam berita pasal saya. Saya tertanya-tanya apa yang saya buat salah.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku, kepada media terutamanya. Saya hanya memberitahu diri saya bahawa saya hanya akan berdiam diri, tidak kira bagaimana mereka mengaibkan saya dan bercakap apa-apa tentang saya.

sumber:- stadium astro

“Saya hanya mahu membuktikan kepada diri saya bahawa saya memang boleh.”Saya akan kembali lebih kuat dalam Sukan Olimpik LA 2028 dan mendapat pingat emas,” katanya selepas perlawanan berkenaan.Sekali lagi, tahniah kepada Zii Jia dan terima kasih kerana mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa!