Pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia bakal membuat perhitungan getir menentang juara dunia dari Thailand, Vitidsarn Kunlavut bagi aksi separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024.
Lee Zii Jia yang mara ke separuh akhir selepas menewaskan wakil dari Denmark, Anders Antonsen di suku akhir dengan keputusan 21-17, 21-15.
Manakala bagi Kunlavut, beliau membuat kejutan setelah mudah menewaskan pilihan pertama dari China, Shi Yu Qi dengan keputusan 21-12, 21-10.
Lee Zii Jia dan Vitidsarn Kunlavut akan turun berentap di gelanggang untuk memastikan siapa yang lebih layak untuk memiliki slot ke perlawanan penentuan pingat emas Sukan Olimpik.
Tarikh: 4 Ogos 2024 (Ahad)
Masa: Bermula 4:30 petang
Venue: Aréna Porte de La Chapelle
sumber:- stadium astro
Stadium Astro akan membawakan siaran langsung percuma perlawanan tersebut di sini.
Anda juga boleh strim melalui Astro, Astro GO dan Sooka.