sukan

Keputusan Aksi suku akhir Tang Jie-Ee Wei berdepan pasangan Korea

Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, terpaksa akur apabila tewas straight set 19-21,14-21 dalam tempoh 43 minit berdepan lawan dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun, dalam saingan suku akhir Sukan Olimpik Paris di Arena Porte de La Chapelle, sebentar tadi.

Set pertama menyaksikan aksi perebutan mata antara kedua-dua pasangan bermula dengan sengit dengan masing-masing tidak mahu ketinggalan jauh.

Perlawanan terhenti seketika dalam pertengahan aksi set pertama berikutan Toh Ee Wei yang mengalami kecederaan akibat tergelincir justeru memberikan pasukan lawan kelebihan untuk mendahului dengan enam mata dihadapan.

Begitupun, walaupun Chen Tang Jie-Toh Ee Wei cuba mengejar lawan yang sudah berada dalam ‘match point’, pasangan beregu negara terpaksa akur apabila tewas set pertama 19-21 walaupun sudah menunjukkan semangat juang yang tinggi.

Beberapa kesilapan mudah dalam set kedua pula dalam awal perlawanan memudahkan lawan di kedudukan ke-8 dunia itu mengambil kesempatan terhadap ‘Little Gangster’ untuk mendahului dengan jurang yang besar, 11-1.

sumber:- stadium astro

Masalah kecederaan terus menyukarkan pasangan negara untuk beraksi dengan momentum terbaik hingga menyebabkan mereka terpaksa akur apabila tewas kepada naib juara Terbuka Malaysia itu 14-21 dalam tempoh 19 minit.