sukan

Komen Bergson selepas meledak hatrik bedal TFC

Penyerang prolifik Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva teruja selepas jaringan hatrik membantu pasukan itu membelasah Terengganu FC (TFC) 4-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi.

Bergson berkata, keupayaan mencipta hatrik pada perlawanan itu adalah hasil kerja keras berpasukan yang mahu mengekalkan momentum kemenangan

“Ia perlawanan yang cukup sukar bagi kami kerana kita tahu Terengganu bukanlah pasukan yang mudah ditewaskan tapi hasil kerja keras berpasukan dan mengikut perancangan taktikal ketua jurulatih (Hector Bidoglio).

“Menjaringkan hatrik sesuatu yang membuat perasaan saya gembira ditambah pula beraksi di laman sendiri tapi saya tidak menafikan kami berdepan pasukan lawan cukup sukar dijinakkan.

“Mungkin sudah tiba masanya kami tonjolkan identiti JDT sebenar ketika ianya masih di awal musim selain menampilkan karaktor sebenar dengan bekerja dalam satu pasukan,” katanya.

Pada pertembungan itu, Hebertu Ferandes terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit keenam sebelum Begson melakar hatrik menerusi sepakan penalti pada minit ke-32 disusuli gol minit ke-64 dan mintit 92 masa tambahan.

sumber:- HM

Bergson menyifatkan gandingannya bersama Romel Morales semakin serasi dalam beberapa perlawanan sejak kebelakangan ini.