sukan

Ia mampu membunuh legasi yang saya sudah bawa ke Malaysia — Pan Gon

Bekas jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon, berharap agar penyokong memberikan masa buat pengendali baru Harimau Malaya, Pau Marti, yang baru mengambil alih tugas yang ditinggalkan jurulatih berusia 55 tahun itu.

Dia berasakan sekiranya terlalu memberikan tekanan kepada bekas pembantu jurulatih Barcelona B-18 itu maka berisiko untuk legasi yang ditinggalkannya sebelum ini akan berakhir.

Faktor masa merupakan aspek penting sebelum melakar sesuatu keputusan yang positif.Tambahan pula, kejohanan Pestabola Merdeka dan Piala ASEAN akan menjadi cabaran buat Pau Marti.

“Kita tidak perlu beri terlalu banyak tekanan, kita perlu beri masa kepada Pau Marti, kerana terlalu banyak tekanan akan menyukarkan dia. Saya rasa dia banyak idea, dia pernah berada di Eropah dan Barcelona dan mempunyai hubungan baik dengan pemain.

sumber:- stadium astro
“Tekanan buat Pau Marti normal. Tapi jika keterlaluan, ia mampu membunuh legasi yang saya sudah bawa ke Malaysia.” katanya kepada Nadi Arena.