Ketiadaan penyerang Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Syafiq Ahmad yang tidak layak diturunkan ketika aksi separuh akhir pertama Piala FA menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Aman, Jumaat ini memaksa Sang Kenari mengubah percaturan taktikal.
Ketua jurulatih, Nafuzi Zain berkata, beliau sedang mempertimbangkan beberapa pemain bagi mengisi tempat Syafiq yang berstatus pemain pinjaman JDT dalam mempertajamkan jentera serangan pasukan.
“Kita ada opsyen lain dengan beberapa pilihan pemain yang dapat mengisi tempat Syafiq Ahmad yang tidak dapat diturunkan berdepan JDT.
sumber:- HM
“Kita akan pastikan pemain itu sesuai untuk kita gunakan dan ianya bergantung bagaimana cara kita mahu bermain menentang JDT nanti.”Jadi saya sedang menilai siapakah yang paling sesuai dan mampu memberi impak terbaik di posisi itu nanti,” katanya.