sukan

Pan Gon pernah tolak

Tahap kesetiaan Kim Pan-gon terhadap skuad Harimau Malaya sebenarnya cukup besar.

Menurut Pan-gon, pada Disember tahun lalu, beliau pernah ditawarkan membimbing sebuah pasukan di China dengan nilai kontrak cukup lumayan.

Namun, atas keazaman untuk membawa Malaysia ke Piala Asia 2023 pada Januari lalu, Pan-gon menolak tawaran berkenaan bagi memberi sepenuh tumpuan di Qatar.

“Disember tahun lalu saya mendapat tawaran lumayan di China. Namun, saya tolak kerana mahu fokus membawa Malaysia di pentas Piala Asia,” kata Pan-gon.

Di Piala Asia itu, hasrat skuad negara melangkah lebih jauh berkecai selepas sekadar menamatkan saingan di tangga tercorot Kumpulan E.

Pasukan negara yang kali terakhir beraksi di pentas itu pada 1980, tewas kepada Jordan 0-4 dan Bahrain 0-1 sebelum bangkit mengikat Korea Selatan 3-3 untuk memungut satu mata.

Semalam, Pan-gon mengejutkan peminat bola sepak tempatan apabila mengumumkan pengunduran selepas membimbing pasukan sejak Februari 2022.

sumber:- HM

Pengendali berusia 55 tahun iytu mengakui sedih untuk meninggalkan pasukan, namun selepas mengambil kira beberapa faktor beliau terpaksa membuat keputusan itu atas alasan faktor peribadi.