sukan

Bayi bersama Messi sekarang bukan biasa-biasa

Gambar-gambar Lionel Messi mendukung Lamine Yamal ketika masih bayi kembali tular.

Yamal, yang akan berusia 17 tahun pada 13 Julai ini, melakar sejarah apabila menjadi pemain termuda beraksi di pentas separuh akhir Euro dan menjaringkan gol penyamaan Sepanyol ketika menewaskan Perancis di kelompok empat terakhir Euro 2024.

Gambar Messi bersama Yamal diambil pada tahun 2007, kembali menarik perhatian apabila bapanya, Mounir Nasraoui, minggu lalu memuat naik gambar berkenaan dengan keterangan gambar: “Permulaan dua legenda.”

Gambar-gambar berkenaan diambil ketika sesi fotografi di dalam bilik persalinan pelawat di Camp Nou.Menurut jurugambar yang bertugas ketika itu, Joan Monfort, pemain-pemain Barcelona bergambar dengan bayi dan keluarga masing-masing untuk kalendar amal yang dikeluarkan oleh akhbar tempatan, Diario Sport dan UNICEF.

Kebetulan Yamal dan keluarganya digandingkan dengan Messi, ketika itu berusia 20 tahun.

Seperti Messi, Yamal juga menyertai akademi remaja Barcelona, La Masia dan kemudian menjadi pemain kelab gergasi Sepanyol itu sebelum terpilih menyertai skuad kebangsaan.

sumber:- BH

Pada April tahun lalu, dia membuat penampilan sulung untuk Barcelona ketika menentang Real Betis dalam saingan La Liga. – AGENSI