sukan

TERKINI: Permohonan Hamidin tidak diperkenan Sultan Selangor

Permohonan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dikhabarkan tidak mendapat perkenan.

Menurut sumber, permohonan terbabit sudah dikemukakan bekas Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) itu, namun difahamkan tidak diperkenan oleh Sultan Sharafuddin.

“Betul, permohonan Hamidin untuk menghadap Sultan Selangor ditolak (tidak mendapat perkenan),” katanya ringkas ketika dihubungi Arena Metro.

Sebelum ini, Hamidin memaklumkan sudah menghantar surat rasmi memohon untuk menghadap Sultan Selangor susulan kemelut membabitkan Selangor FC.

sumber:- HM

Hamidin menerima dengan hati terbuka ‘teguran’ keras daripada Sultan Selangor dan bagi menjernihkan keadaan, beliau mengambil pendekatan serta mengesahkan sudah menghubungi pihak Istana Selangor.