sukan

TERKINI: Malaysia raih kemenangan di laman sendiri

Harimau Malaya bangkit mengatasi Chinese Taipei 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sebentar tadi tetapi peluang untuk layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 dan layak lebih awal ke Piala Asia 2027 sudah tertutup.

Safawi Rasid kemudian menyamakan kedudukan pada minit ke-53 dengan percubaan ‘first timer’ yang gagal ditangkap kemas pemain lawan.

Paulo Josue selepas itu meletakkan Malaysia di depan buat kali pertama pada minit ke-69 dengan menyudahkan lintangan jarak dekat Corbin Ong.

Adib Ra’op memperoleh jaringan pertamanya di pentas antarabangsa dalam waktu kecederaan untuk memberikan Malaysia kemenangan 3-1.

sumber:- Stadium Astro

Sekiranya Malaysia gagal ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026, Harimau Malaya perlu menempuhi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 bermula 25 Mac tahun depan selepas gagal layak secara automatik selaku dua pasukan teratas peringkat kumpulan pusingan kedua.