sukan

Komen Jurulatih selepas kekalahan Jojo

Jurulatih Akademi Muaythology, Soehandy Katni, menganggap faktor pengalaman jadi jurang pemisah antara jaguh muay thai negara, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar atau Jojo dengan petarung Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat.

Menurut Soehandy, kekalahan sulung yang dialami Jojo di pentas One Championship semalam bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan sebaliknya ia adalah proses yang akan mematangkan petarung berusia 18 tahun itu bagi mengharungi siri perlawanan utama pada masa akan datang.

Jurulatih berusia 50 tahun itu turut mengakui, kemunculan Jojo di pentas antarabangsa telah menarik minat ramai anak muda tempatan untuk mengenali serta mempelajari sukan mempertahankan diri terutamanya muay thai.

sumber:- SA

“Tahap fizikal berada dalam keadaan yang baik. Pengalaman yang membezakan Jojo dan lawannya,” katanya kepada Nadi Weekend.”Menang kalah adat permainan dan kami berharap dia akan bangkit. Sukan tempur semakin popular kerana Jojo, itu sesuatu yang baik. Dan sokongan akan terus diberikan dan suatu hari nanti dia akan bergelar juara One Championship.”