sukan

Jumaat ini perlawanan kritikal

Tonggak pertahanan muda Terengganu FC (TFC) Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili bertekad memberi aksi terbaik pada perlawanan pusingan 16 terakhir Piala FA menentang Perak FC Jumaat ini.

Walaupun bakal berdepan saingan hebat daripada skuad Hobin Jang Hobin, pemain berusia 21 tahun itu tetap optimis mampu menundukkan lawan di peringkat kalah mati untuk mara ke pusingan seterusnya.

Muhammad Ubaidullah berkata dia yakin skuad bimbingan Yusri Che Lah akan tampil dengan persembahan lebih agresif dan taktikal berbeza bagi memastikan kemenangan milik mereka.

“Jumaat ini adalah perlawanan kritikal kerana saingan kalah mati. Walaupun kita menewaskan Perak pada perlawanan Liga Super Mei lepas, ia bukan jaminan untuk kita terus menang di Piala FA.

“Oleh itu, saya mempunyai misi tersendiri untuk menyekat pemain lawan daripada membolosi gawang skuad Penyu,” katanya menerusi hantaran di akaun Facebook TFC hari ini.

sumber:- HM

Pada masa sama, Ubaidullah turut menggesa rakan sepasukan supaya lebih fokus dan memberi komitmen penuh bagi memastikan skuad Penyu mengulangi kejayaan mara ke peringkat akhir Piala FA seperti yang dicipta dua tahun lepas.