sukan

TERKINI: Wei Chong-Kai Wun buat Kem Indonesia terdiam untuk ke Final

Selepas dua tahun menyertai kejohanan bertaraf Super 1000 dan semuanya berakhir di pusingan pertama, beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun mampu melakar pencapaian lebih gemilang apabila mara ke final Terbuka Indonesia.

Wei Chong-Kai Wun berjaya mengetepikan pasangan tuan rumah, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani pada aksi terakhir separuh akhir sebentar tadi dengan mencatatkan kemenangan 29-27, 21-13 di Istora Senayan.

Halangan terakhir mereka untuk menggondol trofi paling besar dalam karier ialah pilihan kedua dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang yang sebelum itu menumbangkan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 21-13, 21-15.

sumber:- HM

Selepas tiga pertemuan, Wei Chong-Kai Wun yang juga gandingan ke-20 dunia masih belum pernah menumpaskan Wei Keng-Chang.Kali terakhir pemain negara merangkul gelaran Super 1000 adalah melalui perseorangan lelaki, Lee Zii Jia di Seluruh England 2021.