sukan

Pemain Legenda perjelas risiko panggil khidmat Arif Aiman

Bekas penyerang negara, Safee Sali, menganggap cadangan menyenaraikan Arif Aiman Hanapi ke pangkuan skuad kebangsaan sebagai ‘butang panik’.

Ia berdasarkan situasi semasa ketua jurulatih, Kim Pan-gon, yang sudah membuat percaturan berdasarkan pilihan pemain yang ada.Jika bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) dipanggil atas dasar sebagai penyelamat keadaan, ada pro dan kontra yang bakal berlaku.

Apatah lagi Arif Aiman memiliki sentuhan lebih baik tatkala skuad negara masih terkial-kial mencari penyudah tajam.

Begitupun, Safee memiliki pandangan tersendiri mengenai kelibat Arif Aiman yang bakal dipertaruhkan untuk perlawanan penutup Kumpulan D, kelayakan Piala Dunia/Piala Asia bertemu Chinese Taipei di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa depan.

“Saya fikir mustahil sebab dia pun baru baik daripada kecederaan.”Tapi kalau dia dan Kim Pan-gon sudah bersedia untuk ambil risiko maka pasukan negara ada pilihan.

“”Arif Aiman seorang pemain yang bagus dan profesional, dia menjaga tubuh badan dan stamina dengan baik.”Terpulang untuk kepada jurulatih untuk memanggilnya pada saat-saat akhir bagi perlawanan penting.

“Tapi keserasian antara pemain amat penting terutama untuk perlawanan getir ini. Ini risiko yang perlu difikirkan barisan kejurulatihan,” katanya di Nadi Weekend sebentar tadi.

Pertemuan dengan anak buah Gary White itu bukan sekadar mencari kemenangan, bahkan ia perlu berlaku dengan jumlah jaringan yang besar sebelum keputusan Oman bertemu Republik Kyrgiz diambil kira.

“Saya yakin kita boleh menang tapi daripada segi angka jaringan, kita mungkin masih ternyata-nyata apakah pasukan negara mampu meraih apa yang dihajati,” katanya lagi.

sumber:- Stadium astro

Skuad negara selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 2:10 pagi tadi dan dijangka akan menyambung latihan penuh di Wisma FAM esok.