sukan

Low kick Nguyen paksa Jojo dipapah keluar gelanggang

Muhamad Johan Ghazali Zulfikar gagal mempertahankan kemenangannya apabila tewas di tangan Nguyen Tran Duy Nhat dari Vietnam.
Perlawanan yang berlangsung selama 15 minit itu menyaksikan pertarungan sengit antara kedua-dua petarung.

Dalam satu rakaman video, Jojo terlihat dipapah oleh rakan pasukannya selepas dilihat mengalami kecederaan pada bahagian peha akibat serangan bertubi ‘low kick’ dari Nguyen.

sumber:- Stadium astro

Manakala Nguyen meraikan kemenangannya tanpa sebarang kecederaan yang dialaminya.Diharapkan Jojo tidak berputus asa dan terus memperbaiki diri untuk mendapatkan lebih banyak pengalaman dalam dunia muaythai.