sukan

Azeem Fahmi sekali lagi cipta sensasi

Azeem Fahmi membantu Universiti Auburn muncul pemenang pingat emas acara 4×100 meter dalam Kejohanan NCAA di Oregon, Amerika Syarikat, sebentar tadi
.
Kuartet yang dibarisi Azeem bersama Kanysola Ajayi, Dario Matau dan Makanakishe Charamba mencatakan kedua terpantas 38.38 saat menjelang perlumbaan akhir.

Bermula di lorong keenam, Azeem yang menjadi pelari pertama Auburn pantas keluar dari blok pelepasan sebelum kemenangan mereka disempurnakan oleh Charamba dengan catatan masa 38.03s.

sumber:- Stadium Astro

Kemenangan ini bakal menjadi penyuntik semangat Azeem yang bakal beraksi di Terbuka Malaysia di Kuantan bermula 14 hingga 16 Jun.Dia berharap untuk layak ke Sukan Olimpik Paris secara merit.