sukan

TERKINI: Malaysia bawa pulang mata berharga di Kyrgyzstan

Skuad Harimau Malaya hanya berjaya meredakan sedikit gemuruh di Stadium Dolon Omurzakov, sebentar tadi, apabila mengikat Republik Kyrgyz 1-1.Walaubagaimanapun, keputusan seri tersebut bukanlah yang diinginkan tetapi sekurang-kurangnya peluang masih ada dengan satu mata itu.

Jaringan Gulzhigit Alykulov pada minit ke-24 yang melepaskan rembatan leret untuk menewaskan penjaga gol negara, Azri Ghani, jelas menyentak semangat pemain negara selepas aksi seimbang kedua-dua pasukan untuk perlawanan Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 itu.

Dalam masa sama, Erzhan Tokotayev pula cemerlang dengan layangan badannya menafikan percubaan berbahaya yang diatur barisan negara terutama rembatan Endrick Dos Santos.

Malaysia kemudian memanfaatkan sepakan percuma yang dimenangi Akhyar Rashid dan berakhir dengan jaringan sendiri oleh Valerii Kichin pada minit ke-38 selepas diberi cabaran di udara oleh kapten kebangsaan, Dion Cools.

Malaysia berkesempatan untuk mendahului tetapi Tokotayev sekali lagi bertindak cemerlang sebelum disambar Paulo Josue.Skuad negara yang menghuni ranking ke-138 dunia bagaimanapun berjaya mengimbangi permainan pasukan tangga ke-100 dunia itu meskipun dibolosi dengan jaringan Gulzhigit Alykulov pada minit ke-24.

Walaupun banyak ditekan dengan gerakan serangan Kyrgyzstan pada babak kedua, benteng skuad negara tetap kebal bertahan dengan penjaga gol, Azri Ghani bertindak cemerlang menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya.

Percaturan Pan Gon membuat tiga pertukaran di bahagian serangan dengan membawa masuk Safawi Rasid, Haqimi Azim Rosli dan Adib Ra’op di penghujung perlawanan juga tidak berjaya mengubah keputusan perlawanan.

sumber:- SA

Malaysia masih berpeluang untuk mara di aksi terakhir dengan misi wajib menang sekurang-kurangya dengan 5-0 sambil mengharapkan Oman tewaskan Kyrgyzstan.