Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, terpaksa akur apabila tewas kepada pemain perseorangan dari China, Li Shi Feng, 21-11,21-12 dalam saingan Terbuka Indonesia BWF di Istora Senayan, sebentar tadi.
Pemain pilihan keenam dari China sukar dicabar dalam aksi set pertama untuk melakar kemenangan 21-11 dalam tempoh 17 minit.
Begitupun, Jun Hao cuba memberikan saingan sengit kepada pemain kedudukan ke-4 dunia itu dan berjaya mengikat 11-11, tetapi lawan yang lebih berpenggalaman itu meneruskan rentak cemerlang untuk melakar kemenangan 21-12.
Dia yang melayakkan diri melalui proses kelayakan berjaya membawa cabaran sehingga ke peringkat suku akhir selepas menewaskan pemain sensasi dunia seperti Jonatan Christie yang mewakili tuan rumah dan pemain dari Taiwan, Chou Tien Chen.
sumber:- Stadium astro
Seorang lagi wakil perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, akan turun berdepan pemain perseorangan nombor satu dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn sebentar lagi.
Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More
Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More